Tuesday, February 01, 2011

Melentur buluh biarlah dari rebungnya- Ulasan

Petikan dari Teaching & Learning Bulletin UNIMAS mengenai "Lessons from the Willow" antaranya:
...the common interpretation of this proverb in our society is that educating children must start when they are still young. At a tender age, the young children are expected to abide to what is taught by their parents or teachers. This proverb captures the philosophy of educating in the informal and formal settings, in terms of promoting a set of attitudes and behaviors to the young.
In our culture, generally, our children are seen as the “bamboo”, which can be easily “shaped”. Thus, young children of our culture are taught about numerous collectivism characteristics, such as to respect the elders, to obey, to be patient, to “save face”, to conform the to norms, and so on many occasions, children are typically disallowed or discouraged to show disagreement or any form of confrontation. Instead, they are expected to abide to what is taught to them. What this means is, through this type of parenting and educating, both parents and teachers are responsible in determining the children’s goals. To the parents and teachers, they are responsible to instill as many sets of acceptable attitudes and behaviors as possible, whilst the children are still young. When they are adults, just like the nature of the "bamboo", it is a harder task to "bend" on these individuals. Nevertheless, some parents especially those who are highly educated, tend to be more flexible in the degree of instilling these acceptable attitudes and behaviours in their children.
Lagi artikel mengenai "Melentur buluh biarlah dari rebungnya"...

Menanam bibit -bibit agama di kalangan anak-anak sejak awal lagi antara perikannya:

Didiklah anak-anak untuk mentaati perintah Allah sejak dari kecil lagi.  Bagi anak-anak yang masih kecil, fitrah mereka asalnya bersih, iaitu mahu taat perintah Tuhan.  Oleh itu, tidak menjadi masalah besar untuk mereka diajar mematuhi perintah Tuhan. Hanya ibu bapa yang perlu memastikan agar mereka dibiasakan dengan syariat Islam sejak kecil.  Apabila ia telah besar, tidak susahlah bagi pihak ibu bapa hendak menyuruh mereka melakukan solat dan menutup aurat kerana ianya sudah menjadi satu budaya hidup mereka.  Pepatah Melayu ada mengatakan Melentur Buluh Biarlah Dari Rebung. 


Dalam memupuk minat membaca di kalangan anak-anak perlu bermula dari kecil.
Sepertimana yang sering kita dengar, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Begitu jugalah kalau kita mahu memupuk minat membaca di kalangan anak-anak. Ia perlu bermula dari kecil. Ini kerana, semasa kecil, mereka lebih mudah dibentuk, dilentur, dipengaruhi dan dibiasakan dengan sesuatu aktiviti. Tambah pula, kita tahu anak-anak mempunyai rasa ingin tahu yang tinggi. Dengan rasa ingin tahu inilah kita dapat memupuk minat membaca dengan lebih mudah. 

Berikut adalah langkah-langkah yang boleh dilakukan untuk memupuk minat membaca di kalangan kanak-kanak, petikan dari artikel IKIM oleh Siti Fatimah Abd Rahman.Banyak yang boleh dilakukan oleh ibubapa untuk memupuk minat membaca ini. 
Pertama, ibubapa boleh memulakan usaha ini dengan membacakan untuk anak-anak mereka. Dikatakan bahawa kita boleh mula membacakan kepada anak-anak ketika mereka berusia enam bulan. Pada masa ini, apa yang dibaca tidak penting. Yang penting ialah anak-anak mendengar patah-patah perkataan tersebut dan dibiasakan dengan amalan membaca. Jadi, bacakan kepada mereka apa sahaja bahan bacaan. Ini tidak sukar. Anda hanya perlu membaca kuat-kuat bahan bacaan yang anda baca. Malah, dikatakan bahawa bayi-bayi yang dibacakan pada mereka, lebih cepat bercakap berbanding bayi yang tidak dibacakan. Ini disebabkan mereka biasa mendengar perkataan-perkataan tersebut dan menangkap maksudnya. Semakin anak anda membesar, bacakan buku-buku yang lebih sesuai dengan umurnya dan minatnya.
Kedua, untuk memupuk tabiat membaca di kalangan anak-anak, ibubapa juga perlu menunjukkan yang mereka juga minat membaca. Sebagaimana yang kita tahu, anak-anak lebih mudah meniru daripada melakukan apa yang kita suruh mereka lakukan. Jadi, ibubapa perlu menunjukkan contoh tauladan yang baik dalam hal ini. Adalah amat sukar untuk menyemai minat membaca dalam persekitaran yang tidak suka membaca. Dalam kata-kata lain, ibubapa sukar menanam minat membaca di kalangan anak-anak sekiranya aktiviti utama dalam rumah itu ialah menonton televisyen. Jadi, pastikan anak-anak melihat anda lebih gemar membaca dari menonton televisyen misalnya. Barulah mereka boleh terikut-ikut dengan tabiat ini.
Ketiga, bila ibubapa ada minat membaca, maka bolehlah menyuruh anak-anak membaca. Ini kerana anak-anak tidak akan suka membaca jika ibubapa sekadar menyuruh sedangkan mereka sendiri tidak membaca. Sediakan bahan bacaan yang sesuai mengikut peringkat umur anak-anak. Pelbagaikan bahan bacaan ini termasuklah akhbar, majalah, ensiklopedia, buku cerita dan sebagainya. Bagi membolehkan anak-anak mengusai bahasa Inggeris, berikan juga bahan bacaan dalam bahasa ini. Sekiranya kedudukan kewangan keluarga anda terhad, dapatkan bahan bacaan dari kedai-kedai yang menyewakan bahan bacaan itu atau dari perpustakaan. 
Keempat, kita boleh memupuk tabiat membaca di kalangan anak-anak dengan mengajak mereka berkongsi maklumat dari pembacaan mereka itu. Ini boleh dilakukan dengan bertanyakan tentang isi kandungan bahan yang dibaca. Jika buku itu merupakan satu buku cerita yang panjang, tanyakan mereka apa yang berlaku seterusnya terhadap watak-watak utama dalam cerita itu. Jika kita dapat menunjukkan bahawa kita benar-benar berminat, saya percaya, anak-anak akan menceritakan kisah seterusnya tanpa ditanya. Ini secara tidak langsung membuatkan mereka ingin terus membaca buku itu untuk dikongsikan maklumatnya dengan kita. Dengan cara ini juga, pengetahuan dan pengalaman ahli keluarga yang lain dapat diperkayakan.


Akhirnya, minat membaca juga dapat dipupuk dengan membantu anak-anak mencari jawapan kepada segala persoalan-persoalan yang mereka tanyakan. Kita tahu, anak-anak kecil ini suka bertanya. Ada soalan yang dapat kita jawab dan ada pula yang tidak dapat kita jawab. Jadi, apabila berhadapan dengan keadaan di mana kita tidak tahu jawapan terhadap soalan yang dikemukakan, akuilah. Kemudian, ajak anak itu mencari jawapannya bersama-sama, sama ada dengan mengunjungi perpustakaan dan mencarinya di dalam ensiklopedia atau mencarinya di dalam internet. Malah, kalau pun kita tahu jawapannya, kita masih boleh mengajak anak-anak mencari jawapan yang lebih terperinci lagi. Cara ini akan melatih anak-anak untuk menyelidik sesuatu maklumat dan ini akan memberi manfaat padanya untuk jangka panjang. Cara ini juga akan membaja rasa ingin tahu di kalangan mereka kerana mereka tahu setiap soalan akan diberi perhatian dan jawapannya.