Friday, December 24, 2004

About Rebung

Kenali "Rebung" and kenapa "rebung" menjadi tema weblog saya..
Pokok buluh mempunyai pelbagai kegunaan mulai dari akar sehinggalah pada daunnya. Di Malaysia, kegunaan utama buluh adalah dari batang dan juga rebungnya.
Rebung
mempunyai kelebihan khasiat protein, kalsium dan magnesium berbanding dengan cendawan. Tambahan pula, tanaman ini mudah ditanam dan diperolehi di seluruh Malaysia.

JENIS REBUNG YANG TERDAPAT DI PERLIS
Nama saintifik: Gigantochloa ligulata
Nama tempatan: Buluh tumpat, buluh tikus, buluh belalai, buluh tilan
Asal/ taburan: Pada masa ini, buluh jenis ini terdapat meliar di dalam hutan di bahagian utara Semenanjung Malaysia iaitu di Perlis, Perak, Kedah, Pahang, Kelantan dan juga di selatan Thailand.
Keterangan:Rumpun buluh tumpat adalah rimbun dan rendang. Ianya tergolong di dalam jenis buluh berperepang kecil dan kebanyakannya didapati tumpat dan padu di bahagian tengah batangnya. Tinggi pokok ini ialah 7-10 m dan panjang ruas ialah 35 sm. Manakala perepangnya di antara 2.7-3.5 sm dan mempunyai ketebalan dinding 9-11 mm. Jumlah batang yang terdapat dalam satu rumpun ialah 30-40. Kadangkala, batangnya mempunyai jejalur hijau muda dan di bahagian atas ruas batang yang muda, mempunyai rambut cokelat gelap yang kasar dan rambut putih ynag halus. Beberapa dahan wujud dari buku bahagian batang yang tengah dan bukan dari buku bahagian batang di atas. Kelopak batang mempunyai rambut yang jarang di mana warnanya pekat cokelat. Buluh ini boleh dibiakkan melalui dahan, batang dan rizomnya.
Rebung: Pada kelopak batang rebung ini terdapat rambut cokelat pekat yang berkisar di tengah-tengahnya. Hujung rebung ini menirus (tapers). Walaupun ia kecil, rebung ini didapati manis dan dimakan oleh ibu-ibu dalam pantang di utara Semenanjung Malaysia. Rebung ini merupakan rebung yang paling diminati di utara Semenanjung Malaysia.

Kenapa "rebung"?
Peribahasa rebung ini membawa maksud yang mendalam. Bak kata perpatah, kalau nak melentur buluh biarlah dari rebungnya yang membawa maksud dalam membesarkan anak-anak perlu diasuh dan dididik sejak dari kecil lagi sebaiknya dari dalam kandungan lagi atau dalam bahasa Inggerisnya "it’s better to bend the willow when it is young".
Teruskan bacaan anda mengenai perpatah "melentur buluh biarlah dari rebungnya" dalam ruangan di bawah.

No comments: