Monday, January 31, 2011

Integrasi ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)

Modul ini bersesuaian bagi menyediakan idea konsep integrasi ICT dalam P & P. Semua unit-unit dalam kurikulum ini merangkumi objektif-objektif pembelajaran dan pengajaran yang terkandung dalam beberapa jenis kemahiran teknologi. Kemahiran teknologi ini merangkumi kemahiran-kemahiran berikut:
  • § Sistem Operasi (operating systems)
  • § Penerbitan desktop
  • §  Pemprosesan kata
  • §  Persembahan Multimedia
  • §  Hamparan elektronik (Spreadsheet)
  • §  Telekomunikasi dan Internet
  • §  Grafik        

Modul pelajaran mingguan dibina dengan menggunakan pendekatan aktiviti secara praktikal      (hands-on) yang memfokuskan :-
  • §  bidang pengetahuan
  • §  kemahiran teknologi
  • §  kemahiran bestari
  • §  nilai murni

Dalam setiap episod itu penumpuan lebih diberikan ke atas kemahiran teknologi yang utama dan sampingan. Tidak ketinggalan juga penumpuan ke atas pengetahuan akademik seperti matapelajaran sains, matematik, bahasa, kemahiran hidup, pendidikan moral dan agama. Pembelajaran berkomputer secara praktikal (hands-on) ini dilengkapi dengan arahan terperinci serta dinilai melalui latihan di akhir pelajaran yang mementingkan kemahiran aplikasi, membiarkan pelajar menerokai kemahiran baru serta memberi pembelajaran yang berkesan, mendalam lagi menyeronokkan.
Setiap episod pembelajaran itu juga berasaskan tema, sesuatu subjek yang interdisplin, aktiviti yang pelbagai, serta berlandaskan sistem pendidikan negara dan konsep sekolah bestari. Objektif pembelajaran berubah dari kemahiran yang paling mudah hingga ke kompleks. Kemahiran dimanipulasikan dengan pelbagai perisian. Akhir sekali produktiviti pembelajaran meningkat apabila kemahiran dikuasai.




UNIT SATU   -   e-Album
Lima orang sekawan secara berkumpulan membentuk satu kelab bertujuan untuk menambahkan ilmu dalam bidang teknologi maklumat. Mereka dikehendaki mengadakan satu organisasi sendiri. Untuk memulakan oeprasi Kelab ini mereka perlu mengadakan satu projek mengumpul wang. Antara projek yang dicadangkan adalah menghasilkan satu buletin bulanan mengenai perkembangan “Siber Kanak-kanak”. Dengan menggunakan kemahiran menggabungkan teks dan grafik murid-murid dapat menghasilkan sebuah buletin kreatif yang menggabungkan ciri-ciri yang berwarna-warni serta bertemakan “alam siber”. Ini termasuklah menyenaraikan nama-nama alat-alat perkakasan dan perisian yang terdapat dalam “Kelab Siber” ini.



Fokus Teknologi
Asas Operasi , Penerbitan Desktop dan Pemprosesan kata
Bidang pelajaran
Bahasa dan komunikasi/ Teknologi /Pendidikan Seni
Kemahiran Bestari /
Nilai Murni
Berinteraksi dalam kumpulan / Kreatif / Kebebasan berfikir / Bekerjasama
Pelajaran
Pelajaran 1 – Mengenali Komputer – bahagian-bahagian Komputer
Pelajaran 2 – Kulit Album Kelab
Pelajaran 3 –Berkenalan dengan penulis /Biodata Penulis
Pelajaran 4 –Ahli-ahli kelab
Pelajaran 5 –Jaga komputer
Penilaian   – Teknologi Komputer
Perisian


MS Word, MS Publisher, MS Power Point


Lihat "Pages" untuk Unit Dua

Sunday, January 30, 2011

Menjelajah ke Cameron Highlands

Tempat yang sering menjadi tumpuan pelancong tempatan dan luar negara ada Cameron Highlands. Kami sering juga mengunjung ke Cameron Highlands ketika cuti-cuti, oleh sebab cuacanya sejuk dan menawan. Selain itu di sana sini terdapat banyak ladang sayur-sayuran dan bunga-bungaan. Kita juga tidak lepas peluang membeli  sayur-sayuran ini yang mudah terdapat di sepanjang jalan-jalan besar di mana terdapat tumpuan orang ramai.

Sayur" leek"

Kobis

Nenas dan ubi

Anggur Malaysia

Avocado

Jagung bakar

Begitu segar sayur-sayuran yang Cameron kan? Memang memikat sesiapa yang lihat sayur segar dan berwarna warni itu. Sempat juga kami berpeluang memetik sayur-sayuran di kebun sayur di kawasan tanah timggi Cameron.


Memetik kobis organik

Pokok kacang buncis


Petik tomato kecil

Tu dia satu wheel barrow sayur-sayuran yang sempat kami petik - seronok juga jadi petani.

Ladang strawberi

Wah! adik ni berpeluang juga memetik strawberry di ladang strawberi "Pick your own fruits"


Perlu guna gunting



Terdapat juga bunga-bungaan yang indah lagi berwarna terang ciptaan Ilahi.


Lily




Bunga Raya


Indahnya lereng-kereng bukit yang menghijau sejauh mata yangmemandang. Begitulah keindahan yang tak jemu dipandang sesiapa saja yang melihat keindahan ciptaan Allah.



Ladang teh boh




Tenang dan nyaman, sejuk mataku memandang.

Teringin juga nak lihat bangunan-bangunan yang terdapat di tanah tinggi Cameron, selain dari alam semula jadi di sekeliling kawasan ini. Antaranya adalah seperti gambar-gambar ini.






Sempat juga kami singgah di pasar pagi dan petang yang dekat bandar Tanah Rata di Cameron Highlands.

Boleh juga petik strawberi di ladang ini :)

Stokin "wool" ini sedap dipakai bila tidur malam di dalam bilik yang berhawa dingin.




Di pasar ini ada pelbagai barang-barang segar, sayur, buah-buahan, makanan, pakaian serta barang keperluan seharian ada dijual di sini.

Saturday, January 29, 2011

Bike Rack THULE untuk Exora





Kami mencari rack yang sesuai untuk basikal Raleigh & Merida kami agar mudah kami mengayuh basikal ini ke tempat yang lebih menarik dan "adventurous". Kami cuba googling nama kedai yang menjual "carrier" atau bike rack yang berkualiti dan lasak. Cari punya cari, setelah mencuba 2 buah kedai akhirnya telah jumpa kedai "Overlander" di SS2/24, PJ yang juga wakil jualan jenama "THULE" dari Sweden.



Setelah berunding dengan harga dan jenis yang sesuai akhir kami pun bersetuju untuk memasang jenis THULE pada bumbung Proton Exora kami. Harga hingga mencecah RM2,000 lebih untuk set frame bumbung dan 2 set bike rack. Nak tak nak terpaksa juga beli sebab dah lama kami idamkan dan memerlukan kelengkapan ini.


Langkah pemasangannya dapat dilihat seperti dalam gambar-gambar ini.
1.Mula-mula dipasangkan frame bumbung kepada kedua-dua set bike rack. Setelah siap dipasang kedua-dua set itu barulah dipasangkan ke atas bumbung Exora.



2. Setelah dipasangkan dan kunci rack ini di atas bumbung dengan teguh dan selamat akhirnya siaplah untuk dibawa basikal di atas bumbung Exora itu nanti.

Tunggu dalam post akan datang bila tiba masa untuk bawa 2 bike kami nanti.


Cara-cara memasang bike ke bike rack Thule ProRide 591


Mengapa kami memilih untuk memasang bike akhirnya...ada banyak sebabnya