Sunday, January 30, 2011

Menjelajah ke Cameron Highlands

Tempat yang sering menjadi tumpuan pelancong tempatan dan luar negara ada Cameron Highlands. Kami sering juga mengunjung ke Cameron Highlands ketika cuti-cuti, oleh sebab cuacanya sejuk dan menawan. Selain itu di sana sini terdapat banyak ladang sayur-sayuran dan bunga-bungaan. Kita juga tidak lepas peluang membeli  sayur-sayuran ini yang mudah terdapat di sepanjang jalan-jalan besar di mana terdapat tumpuan orang ramai.

Sayur" leek"

Kobis

Nenas dan ubi

Anggur Malaysia

Avocado

Jagung bakar

Begitu segar sayur-sayuran yang Cameron kan? Memang memikat sesiapa yang lihat sayur segar dan berwarna warni itu. Sempat juga kami berpeluang memetik sayur-sayuran di kebun sayur di kawasan tanah timggi Cameron.


Memetik kobis organik

Pokok kacang buncis


Petik tomato kecil

Tu dia satu wheel barrow sayur-sayuran yang sempat kami petik - seronok juga jadi petani.

Ladang strawberi

Wah! adik ni berpeluang juga memetik strawberry di ladang strawberi "Pick your own fruits"


Perlu guna gunting



Terdapat juga bunga-bungaan yang indah lagi berwarna terang ciptaan Ilahi.


Lily




Bunga Raya


Indahnya lereng-kereng bukit yang menghijau sejauh mata yangmemandang. Begitulah keindahan yang tak jemu dipandang sesiapa saja yang melihat keindahan ciptaan Allah.



Ladang teh boh




Tenang dan nyaman, sejuk mataku memandang.

Teringin juga nak lihat bangunan-bangunan yang terdapat di tanah tinggi Cameron, selain dari alam semula jadi di sekeliling kawasan ini. Antaranya adalah seperti gambar-gambar ini.






Sempat juga kami singgah di pasar pagi dan petang yang dekat bandar Tanah Rata di Cameron Highlands.

Boleh juga petik strawberi di ladang ini :)

Stokin "wool" ini sedap dipakai bila tidur malam di dalam bilik yang berhawa dingin.




Di pasar ini ada pelbagai barang-barang segar, sayur, buah-buahan, makanan, pakaian serta barang keperluan seharian ada dijual di sini.

No comments: