Tuesday, January 04, 2005

Buat renungan - Malapetaka Tsunami

Apabila sesuatu musibah melanda sesuatu kaum, ia memiliki beberapa kemungkinan disebaliknya. Di antara kemungkinan tersebut adalah:
1. Allah mengasihi kaum tersebut dan ingin memberi mereka satu peringatan agar kembali kepada kebenaran.
2. Allah mengasihi kaum tersebut dan musibah itusebenarnya sesuatu yang baik bagi mereka dari pelbagai sudut lain yang hanya diketahui oleh Allah. Ini kerana manusia hanya mampu menilai sesuatu perkara secara zahir. Apa yang manusia pandang sebagai buruk mungkin sebenarnya baik di sisi Allah dan apa yang manusia pandang sebagai baik mungkin sebenarnya buruk di sisi Allah.
3. Allah mengasihi kaum tersebut dan ingin memberi mereka kehidupan akhirat yang mereka idam-idamkan.Musibah yang menimpa merupakan syahid kecil sebagai ganti kepada syahid besar yang diidam-idamkan oleh para mujahidin.
4. Allah menjatuhkan musibah kepada kaum tersebut sebagai penghapus kepada kesalahan yang mereka lakukan. Kadar musibah adalah selari dengan kadar dosa mereka. Namun selepas itu di Alam Barzakh dan seterusnya, kaum tersebut terbebas daripada apa-apa azab.
5. Allah menjatuhkan musibah kepada kaum tersebutsebagai azab yang membalas kesalahan yang merekalakukan. Oleh kerana kadar kesalahan yang mereka lakukan adalah besar, maka azab tersebut berlanjutan sehingga ke Alam Barzakh dan seterusnya.
6. Allah ingin menguatkan kaum tersebut, lalu diberikan musibah sebagai sesuatu yang dapat membina jatidiri mereka.
7. Allah ingin menguji kaum yang terselamat daripada musibah, sama ada mereka mensyukuri keselamatan yang mereka peroleh atau bersifat angkuh terhadapnya. Sesiapa yang mensyukurinya maka dia lulus ujian,sesiapa yang bersikap angkuh maka dia gagal ujian.

....Sikap suka menghukum dan mengecam bukan sikap bijaksana. Ketika kita atau orang lain ditimpa musibah, tindakan yang terbaik adalah bersabar, melihat dalam diri, bermuhasabah dan saling-menolong. Bencana boleh saja datang pada bila-bila masa dan di mana saja. Penderitaan akibat bencana alam yang dialami orang Islam dan bukan Islam sama saja menyakitkan.

Mensyukuri yang dimaksudkan ialah bersyukur kepadaAllah Subhanahu wa Ta`ala bahawa dia terselamatdaripada musibah tersebut. Kesyukuran ini dilanjutkankepada membantu kaum yang ditimpa musibah dengan apajua cara yang boleh seperti bantuan kewangan, bantuan harta benda, bantuan kepakaran dan sebagainya.

Keangkuhan yang dimaksudkan ialah bersifat angkuh kononnya dia dipenuhi dengan kebaikan sehingga menganggap Allah telah mengecualikan dia daripada ditimpa musibah. Keangkuhan ini dilanjutkan kepada menuduh bahawa kaum yang ditimpa musibah tersebut memang layak menerimanya kerana salah laku yang mereka perbuat. Bahkan ini mungkin dilanjutkan kepada mengemukakan ayat-ayat tertentu yang dipaksa tafsirannya agar menepati sebaik mungkin suasana musibah yang menimpa.