Friday, December 24, 2004

Home B@sic Tech - untukmu Wanita

Kepada wanita-wanita yang ingin menerokai dunia ICT dengan lebih meluas serta melayari alam maya yang kian menarik, marilah berkongsi bersama saya.. ilmu ICT khusus untukmu wanita....

  • Dalam pembangunan teknologi maklumat yang serba canggih ini, pembelajaran komputer yang berasaskan projek mudah lebih merangsang para wanita. Projek-projek dalam program ini disesuaikan khas agar menjadi nyata, lebih praktikal demi kebaikan kaum wanita dan keluarga. Setiap projek itu dikendalikan dalam langkah-langkah yang jelas dan mudah diikuti. Latihan-latihan yang berasaskan projek terbahagi kepada tiga komponen utama iaitu:-
  1. Operasi dan Pengurusan Program Komputer (Program Aplikasi “Desktop”).
  2. Internet – Kegunaannya (Emel, akses maklumat yang mementingkan pelajaran anak-anak).
  3. Projek-projek praktikal (Merekacipta pelbagai jenis bahan seperti koleksi resipi, senarai alamat, poster, kad ucapan, album keluarga, akaun rumah dan sebagainya).
-Program latihan kami lebih menekankan kepada aplikasi ICT yang lebih praktikal dan mudah digunakan oleh kaum wanita yang berperanan sebagai seorang isteri, ibu, surirumah, ahli institusi keluarga dan ahli komuniti atau masyarakat (customised modules).
-Objektif kursus “Home B@sic” atau “ICT Di Rumah” disesuaikan khas untuk wanita-wanita Malaysia ini adalah:
  • Untuk meningkatkan kesedaran tentang peri pentingnya ICT dalam kehidupan kita seharian.
  • Untuk membentuk masyarakat elektronik melalui organisasi keluarga yang salah satu peranan nya sebagai guru dalam rumah kepada anak-anak kita.
  • Untuk merangsangkan perhubungan dan perkongsian maklumat antara organisasi komuniti berasaskan masyarakat ditujukan kepada atau dikendalikan oleh wanita.
Jika anda ingin ketahui lebih lanjut mengenai program ini jangan tunggu lama-lama hubungilah saya pada emel saya.

No comments: