Friday, December 24, 2004

Resipi Segera di Hari Minggu

AYAM TEPPANYAKI

Bahan-Bahan:

3 keping dada ayam (isi sahaja)
(lain-lain bahagian pun boleh asalkan isi
sahaja)
200 gm taugeh
200 gm kobis - diracik
1 biji lobak merah - diracik
2 sudu makan kepingan bawang putih
½ @ 1 sudu teh serbuk lada putih
1 sudu makan minyak bijan
3 sudu makan minyak masak untuk menumis
Kicap cair secukup rasa

Cara Menyediakannya:

1. Ayam dipotong-potong sebesar ibu jari dan dibersihkan.
2. Panaskan minyak dan masukkan kepingan bawang putih (diramas sedikit
hancur.)Setelah kekuningan (jangan sampai hangus) masukkan ayam.
3. Masukkan lada putih, minyak bijan, kicap cair dan biarkan ayam sedikit
garing.
4. Masukkan sayur-sayuran dan biarkan sedikit lecur
.



No comments: