Monday, January 31, 2011

Integrasi ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)

Modul ini bersesuaian bagi menyediakan idea konsep integrasi ICT dalam P & P. Semua unit-unit dalam kurikulum ini merangkumi objektif-objektif pembelajaran dan pengajaran yang terkandung dalam beberapa jenis kemahiran teknologi. Kemahiran teknologi ini merangkumi kemahiran-kemahiran berikut:
  • § Sistem Operasi (operating systems)
  • § Penerbitan desktop
  • §  Pemprosesan kata
  • §  Persembahan Multimedia
  • §  Hamparan elektronik (Spreadsheet)
  • §  Telekomunikasi dan Internet
  • §  Grafik        

Modul pelajaran mingguan dibina dengan menggunakan pendekatan aktiviti secara praktikal      (hands-on) yang memfokuskan :-
  • §  bidang pengetahuan
  • §  kemahiran teknologi
  • §  kemahiran bestari
  • §  nilai murni

Dalam setiap episod itu penumpuan lebih diberikan ke atas kemahiran teknologi yang utama dan sampingan. Tidak ketinggalan juga penumpuan ke atas pengetahuan akademik seperti matapelajaran sains, matematik, bahasa, kemahiran hidup, pendidikan moral dan agama. Pembelajaran berkomputer secara praktikal (hands-on) ini dilengkapi dengan arahan terperinci serta dinilai melalui latihan di akhir pelajaran yang mementingkan kemahiran aplikasi, membiarkan pelajar menerokai kemahiran baru serta memberi pembelajaran yang berkesan, mendalam lagi menyeronokkan.
Setiap episod pembelajaran itu juga berasaskan tema, sesuatu subjek yang interdisplin, aktiviti yang pelbagai, serta berlandaskan sistem pendidikan negara dan konsep sekolah bestari. Objektif pembelajaran berubah dari kemahiran yang paling mudah hingga ke kompleks. Kemahiran dimanipulasikan dengan pelbagai perisian. Akhir sekali produktiviti pembelajaran meningkat apabila kemahiran dikuasai.




UNIT SATU   -   e-Album
Lima orang sekawan secara berkumpulan membentuk satu kelab bertujuan untuk menambahkan ilmu dalam bidang teknologi maklumat. Mereka dikehendaki mengadakan satu organisasi sendiri. Untuk memulakan oeprasi Kelab ini mereka perlu mengadakan satu projek mengumpul wang. Antara projek yang dicadangkan adalah menghasilkan satu buletin bulanan mengenai perkembangan “Siber Kanak-kanak”. Dengan menggunakan kemahiran menggabungkan teks dan grafik murid-murid dapat menghasilkan sebuah buletin kreatif yang menggabungkan ciri-ciri yang berwarna-warni serta bertemakan “alam siber”. Ini termasuklah menyenaraikan nama-nama alat-alat perkakasan dan perisian yang terdapat dalam “Kelab Siber” ini.



Fokus Teknologi
Asas Operasi , Penerbitan Desktop dan Pemprosesan kata
Bidang pelajaran
Bahasa dan komunikasi/ Teknologi /Pendidikan Seni
Kemahiran Bestari /
Nilai Murni
Berinteraksi dalam kumpulan / Kreatif / Kebebasan berfikir / Bekerjasama
Pelajaran
Pelajaran 1 – Mengenali Komputer – bahagian-bahagian Komputer
Pelajaran 2 – Kulit Album Kelab
Pelajaran 3 –Berkenalan dengan penulis /Biodata Penulis
Pelajaran 4 –Ahli-ahli kelab
Pelajaran 5 –Jaga komputer
Penilaian   – Teknologi Komputer
Perisian


MS Word, MS Publisher, MS Power Point


Lihat "Pages" untuk Unit Dua

No comments: